Monday 25 August 2014

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN

Seorang warganegara boleh hilang kewarganegaraannya melalui dua cara iaitu:
a) Individu tersebut menolak kewarganegaraannya
b) Kerajaan negara tersebut melucutkan kewarganegaraan individu tersebut atas sebab-sebab yang berikut:

 (i)   Seseorang individu telah menjadi warganegara asing.

 (ii)  Seseorang warganegara membuktikan dia tidak setia melalui percakapan tindakannya.

 (iii) Seseorang warganegara itu telah menderhaka terhadap kerajaan semasa                          perperangan dengan berniaga atau berhubung serta menjalankan urusan dengan              musuh negara.

 (iv) Seseorang warganegara yang memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran             telah dihukum penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang                    daripada RM5.000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya.

 (v) Seseorang warganegara yang bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun                      secara berterusan tanpa mendaftar diri di Pejabat Konsul Persekutuan.

Mana-mana kewarganegaraan yang ingin menolak kewarganegaraan persekutuannya mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut :
 a) Berumur 21 tahun dan ke atas.
 b) Sempurna akalnya.
 c) Dia warganegara lain atau hendak menjadi warganegara lain.
  • Berikut ialah akta yang di keluarkan bagi perkara 23:
    • PERKARA 23(1) :Akta 10/1960, perenggan dua (a) berkuatkuasa dari 1-12-1960, menggantikan perkataan "pihak berkuasa pendaftaran" dengan "Kerajaan Persekutuan" dan akta 14/1962, seksyen 8, berkuasa dari 31-8-1957, masukan "atau yang hampir menjadi seorang warganegara negeri lain" selepas :yang lain yang juga ialah warganegara negeri lain".
    • PERKARA 23(2) : Akta 10/1960, perenggan dua (c) berkuatkuasa dari 1-12-1960, memotong tetapi kecuali sebagaimana yang di sebut terlebih dahulu pihak berkuasa pendaftaran hendaklah mendaftarkan apa-apa akuan yang di buat dengan sewajarnya dibawahnya,yang terdapat dihujung fasal.
Perlucutan kewarganegaraan dibawah akta 24 Perlembagaan Persekutuan:
  • PERKARA 24(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati bahawa orang itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran, kemasukan, atau perbuatan lain yang sengaja menurut peraturan.
  • PERKARA 24(2), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.
  • PERKARA 24(4), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan dengan cara pendaftaran jika berpuas hati bahawa perempuan itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing atas sebab perkahwinan dengan seorang bukan warganegara.
Pelucutan kewarganegaraan di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan:

PERKARA 25(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegaraan dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa :

a) orang itu tidak setia atau tidak suka akan Persekutuan melalui Percakapan atau perbuatannya.

b) orang itu, semasa peperangan yang melibatkan Persekutuan, telah berniaga atau membuat hubungan dengan musuh secara menyalahi undang-undang atau menyertai urusan yang boleh menolong musuh dalam peperangan itu

c) orang itu, dalam tempoh lima tahun bermula dari pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah melakukan keslahan di mana-mana negara dan daripada RM5 000 atau senilai dengan mata wang negara itu, dan orang tidak diampuni bagi kesalahan itu.

PERKARA 25(1A), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara seseorang yang telah menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat kebenaran Kerajaaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan atau lebih berkhidmat atau menjalankan kewajiban dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah kerajaan mana-mana agensi kerajaan asing itu jika suatu sumpah, ikrar, atau akuan taat setia dikehendaki tentang jawatan atau pekerjaan itu.

PERKARA 25(2) Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin negara asing selama lima tahun berturut-turut dan dalam tempoh itu orang itu:

a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam Perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesebuah pertubuhan antarabangsa yang diantara oleh Kerajaan Persekutuan.

b)tidak mendaftar niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraan di Pejabat Konsul Persekutuan setiap tahun

Pelucutan kewarganegaraan di bawah perkara 26 perlembagaan persekutuan:

PERKARA 26(1), kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutakan kewarganegaraan seseorang yang menjdi warganegaraan dengan cara pendaftaran atau kemasukan juka berpuas hati bahawa pendaftaram atau perakuan itu:

a) telah didapati dengan jalan tipuan, pernyataan palsu, atau dengan menyembunyikan sesuatu kenyataan

b) telah dibuat atau diberikan dengan silap

PERKARA 26(2), Kerajaan Persekutuan boleh,dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan perempuan yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang menyebabkan perempuan itu boleh didaftarkan sebagai warganegara telah dibubarkan atas apa-apa sebab, dalam tempoh dua tahun bermula di tarikh perkahwinan itu.

1. Akta 14/1962, Jadual seksyen 3, berkuatkuasa dari 1-10-1962, memotong fasal (13) meminda fasal(1) dan (2) dengan memotong perkataan "Tertaluk kepada Fasal (3) yang tersapat dipermudahkan Fasal itu, dan mengikut subseksyen  27(3) pula membuat peruntukan yang berikut:

"(3) Jika dalam satu bulan selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini ,Menteri menjalankan kuasa perwakilan yang diberikan oleh seksyen 4 Jadual Kedua tersebut sebagaimana yang dipinda oleh seksyen ini, mana-mana perintah di bawah Perkara 36 Perlembagaan yang dibuat sebelum perjalanan kuasa itu (sama ada dibuat sebelum atau selepas lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan 1960) sama sahnya seolah-olah seksyen 4 tersebut telah berkuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan tersebut telahpun berkuatkuasa selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan telahpun berkuastkuasa pada masa itu."

2. Akta 19/1964, seksyen 3, berkuatkuasa dari 30-7-1964, memansuhkan Fasal (4). Fasal (4) dan (3) yang di mansukan itu berbunyi seperti yang berikut:

"(3) Tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara ini melainkan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tidak berfaedah kepada kebaikan awam untuk itu terus menjadi warganegara, dan tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah perenggan Fasal (1) melainkan jika notis yang dikehendaki oleh Perkara 27 diberikan dalam masa dua belas bulan bermula denga tarikh pendaftaran atau pemberian perakuan mengikut mana-mana yang berkenaan."

"(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan oleh Perkara ini, pendaftaran seseorang sebagai warganegara atau pemberian perakuan naturalisasi kepada mana-mana orang tidaklah boleh dipersoalkan atas alasan kesilapan."